CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 13, 2009

Program Pemantapan Seni Kertuk & Rebana Ubi


Pada 31 Januari 2008 hingga 4 Januari 2009 yang lepas, Kelab Kertuk & Rebana Ubi (KRU) UKM telah mengadakan Program Pemantapan Seni Kertuk & Rebana Ubi bertempat di Tumpat, Kelantan. Program selama hampir 5 hari ini telah disertai oleh 15 orang ahli aktif KRU diiringi oleh 2 orang penasihat kelab. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Kelab Kebudayaan dan Kesenian, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negara, Negeri Kelantan.

Para peserta terlebih dahulu mengikuti kursus 2 hari yang diatur oleh pihak KADA. Di dalam kursus tersebut, peserta program telah didedahkan dengan cara pembuatan rebana ubi dan juga kertuk selain melihat sendiri penyediaan hiasan bagi kedua-dua alat muzik ini. Peserta program juga berpeluang unt
uk menyaksikan secara 'live' persembahan kertuk dan rebana ubi dari Kelab Kebudayaan dan Kesenian KADA yang pastinya membuat para peserta terpukau dengan persembahan yang begitu mantap dan bertenaga. Sudah pasti peluang sebegini tidak akan dilepaskan begitu sahaja untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang teknik-teknik yang sebetulnya di dalam memainkan kedua-dua alat muzik ini.

Bengkel Pembuatan Rebana Ubi (Pemasangan Belulang)

Proses mencari nada yang terbaik bagi sebuah rebana ubi

Para peserta program khusyuk memainkan lagu 'Bersimbung'

Foto kenang-kenangan bersama wakil KADA dan JKKN Kelantan

Bertemakan 'Mahasiswa Berbudaya Teras Perpaduan Bangsa', program ini telah mencapai matlamat dasarnya untuk memupuk semangat dan cintakan budaya bangsa di dalam diri mahasiswa/i. Ternyata, para peserta berasa amat teruja dengan keunikan seni muzik kertuk dan rebana ubi ini dan berharap agar program ini menjadi program tahunan kelab.

-TJ Ackles, KP Program-

1 comments:

Syahiera Uzumaki said...

Perjumpaan citra kertuk n rebana ubi ni kat maa ye