CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 14, 2009

PESTA KONVO

Semalam telah berlangsung Malam Perasmian Konvokesyen UKM yang ke-37. Seperti biasa Kelab kertuk & Rebana Ubi dijemput untuk membuat persembahan pembukaan bagi menyambut keberangkatan Cancelor di Dataran Dewan Gemilang.


Persembahan malam itu diketuai oleh saudara Ipin dan disertai oleh kira-kira 17 orang pemain..
Semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua di atas kerjasama yang diberikan. Jumpa lagi untuk persembahan yang seterusnya nanti.



Bergambar kenangan pada malam perasmian Konvo


Video yang sempat dirakam

Sunday, July 26, 2009

Konsert Diraja

Semalam telah berlangsung Konsert Diraja bagi meraikan Canselor Baru UKM di DECTAR. Konsert ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar ko-k kebudayaan sesi 2009/2010.

Untuk Konsert Diraja kali ini, Kelab KRU dijemput untuk bermain jidor bagi menyambut kedatangan Canselor UKM di perkarangan DECTAR. Permainan jidor ini disertai oleh 5 orang (jidor tak cukup). sahaja.

Bagi Konsert Diraja sebelum ini, biasanya Kelab KRU dijemput untuk bermain rebana ubi tetapi tidak untuk tahun ini. Walaupun semua yang bermain pada malam tu bukanlah pakar bermain jidor tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit cacat celanya (nobody's perfect)

Terima kasih banyak diucapkan kepada 5 orang + 1 orang yang sudi meluangkan masa bermain jidor pada malam tu (jasamu dikenang)

P/S: Untuk abg Kerol, kitorang dah buat yang terbaik =)

Wednesday, July 22, 2009

Penyertaan Ahli Kelab Kertuk Rebana Ubi


·Terbuka kepada semua pelajar baru dan lama dan juga sesiapa sahaja yang berminat dengan seni muzik ini.

·Latihan diadakan pada:
Hari: Rabu
Jam: 8.00 malam
Tempat : Dataran Panggung Seni


Anda boleh mendaftarkan diri di booth Kelab Kertuk dan Rebana Ubi, Pusanika bermula
20/7/2009 - 24/7/2009


*Penyertaan anda amatlah dialu-alukan terutama kepada pelajar ko-k kertuk rebana ubi

*Pelbagai aktiviti tahunan yg menarik telah diadakan seperti yang diceritakan dalam blog ini dan juga di booth yang berada di Pusanika


DAFTAR SEKARANG!!!!


SEBARANG PERTANYAAN:-

LAN - 0176691474
IJAT - 0122665344
RAFIQ - 0173183743


Tuesday, July 21, 2009

Simulasi 2009

Tarikh : 11 April 2009
Tempat : DECTAR
Masa : 8.00 malam



Simulasi pelajar ko-k KRU sem 2 sesi 2009/2010 telah diadakan di DECTAR pada 11 April yg lalu seperti setiap tahun bagi menilai kemampuan pelajar untuk bermain rebana ubi dan kertuk.

Simulasi kali ini diketuai oleh Ijat dan Lan. Terima kasih kepada Abang Ipin yang sempat juga untuk datang melihat simulasi kali ini walaupun tengah 'outstation'.



















Tahniah kepada semua pelajar ko-k sesi 2009/2010 kerana telah berjaya membuat persembahan yang terbaik untuk simulasi kali ini sebagaimana yang berlaku setiap tahun.. All the best semua..

PROGRAM PENGHAYATAN MUZIK KERTUK & REBANA UBI

Tarikh : 3 APRIL 2009 – 5 APRIL 2009
Tempat : LUMUT, PERAK


Program ini diadakan di Lumut Perak bagi memberi peluang kepada semua ahli kelab KRU untuk bercuti, merehatkan minda setelah penat dengan semua tugasan aktiviti kelab dan juga merancang perjalanan aktiviti kelab seterusnya selepas ini..

Selain daripada itu, antara aktiviti yang telah dijalankan di Lumut Perak ini adalah aktiviti sukan iaitu seperti bola baling dalam air dan juga bola tampar dalam air. Aktiviti seperti ini dilakukan untuk membina stamina dan juga bg merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli kelab KRU.

Gambar yg sempat dirakam :-

















MALAM 1000 WARNA PALUAN BERGEMA

28 MAC 2009 yg lalu, kelab kertuk rebana ubi (KRU) telah mengadakan dinner yg dinamakan MALAM 1000 WARNA PALUAN BERGEMA dengan tema pakaian zip button & hat bertempat di Village View Restaurant Reko Kajang Sdn Bhd. Dinner ini telah dihadiri oleh VIP tertinggi iaitu Encik Khairul Nizam Zaini ataupun Abang Kerol selaku penasihat kelab, para alumni, ahli kelab KRU, tidak ketinggalan juga pelajar ko-k KRU senior dan junior.

Majlis ini bermula kira-kira jam 8.30 malam dengan kehadiran tetamu dan seterusnya Majlis dirasmikan oleh Penasihat kelab KRU iaitu Encik Shamsul Ridzuan bin Samsudin ataupun Abang ipin sebelum para tetamu menjamu selera dengan hidangan yang menjilat jari.

Antara acara yang telah berlangsung sepanjang majlis ini adalah upacara penyampaian sijil kepada Majlis Tertinggi Kelab Kertuk dan Rebana Ubi, Urusetia Artisukma, Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2008/ 2009 dan upacara penyampaian penghargaan kepada penasihat Kelab Kertuk dan Rebana Ubi Sesi 2008/ 2009 iaitu encik Khairulnizam bin Zaini dan Encik Shamsul Ridzuan bin Samsudin.

Selepas selesai menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan acara selingan iaitu permainan “Kotak Sakti”. Acara diteruskan lagi dengan cabutan bertuah yang menyediakan sebanyak lima belas hadiah cabutan bertuah. Majlis di akhiri dengan penobatan “Raja” dan “Permaisuri” “Malam 1000 Warna Paluan Bergema”.

Majlis bersurai kira-kira jam 11 malam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua MT dinner yang telah bertungkus lumus untuk memastikan supaya majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Love u all (",)




ucapan perasmian oleh Abang Ipin


Hidangan menjilat jari




Alumni, MT Kelab dan pelajar senior


Penasihat Kelab bersama Alumni




Pelajar ko-k Junior


Raja dan Permaisuri




MT kelab (yeah kerja dah settle!!)



Wednesday, June 17, 2009

Persembahan di DINNER KERIS MAS

Pada 14 dan 15 Mac 2009 yg lalu, sempena DINNER KOLEJ KERIS MAS kumpulan KRU telah mendapat undangan untuk bermain simfoni pada majlis tersebut dengan bayaran yg berpatutan..

Untuk dua2 malam tersebut yg diadakan di DECTAR.. kami diminta membuat persembahan untuk pembukaan majlis & semasa tetamu sedang menjamu selera.. Untuk persembahan kali ini, 11 orang ahli KRU telah terlibat dan ada juga yg tidak dapat libatkan diri diatas sebab2 tertentu.. Dan semuanya telah berjalan dengan lancar..

Minggu seterusnya, kami mendapat tawaran untuk bermain bagi DINNER KOLEJ BURHAN.. juga dengan bayaran yg sepatutnya..















MANTAP

Sebelum tu.. maaf di atas sebab sudah lama tidak meng'update' blog KRU ni..
Al maklumlah.. semuanya busy..
Seperti yg dijanjikan sebelum ni..

Inilah dia video & gambar semasa kumpulan KRU membuat persembahan pada Konsert Dikir Barat iaitu pertama kalinya dgn bermain SIMFONI yg telah berlangsung pada 24/1/2009 yg lalu..

Hope lepas ni dapat lagi banyak tawaran buat persembahan di dalam mahu pun di luar UKM (boleh tambah duit kelab lagi)..

Video

Gambar





Monday, March 2, 2009

SANTAI

Pada 25 Feb yang lepas, Kelab Kertuk & Rebana Ubi telah berjaya membuat persembahan santai di Foyer Pusanika mulai jam 12.30 tgh (melayu la cam biasa). Persembahan berlangsung selama 10 minit dengan 3 buah lagu disumbangkan iaitu bertabuh, hala dan kontemporari.
Pada edisi persembahan santai kali ini, abg kerol telah berjaya mengelak daripada diserang demam. Malangnye, saudara Rafiq pulak telah dijangkiti Sindrom+Gagal+Hadir+Di hari+Persembahan+Santai. Saudara Mat bin Bunga pula terlewat hadir kerana motornya (hasni, pinjam 'nya' jap) mengalami Sindrom+Gagal+Hadir+Di hari+Persembahan+Santai. Tapi, saudara Mat berjaya juga sampai di foyer pusanika walaupun persembahan telah habih. Diharapkan semua ahli-ahli kelab dapat mencontohi semangat yang telah ditunjukkan oleh saudara Mat kite ni. Semoga semangat ini dapat menjadi nadi untuk Kelab Kertuk & Rebana Ubi terus wujud. Wallahua'lam



Sebelum persembahan bermula

Semasa persembahan


Abg Kerol sbg leader


Memang santai..

Sunday, March 1, 2009

Pendaftaran Awal Kursus Semester 1 Sesi 2009-2010

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pendaftaran Awal Kursus Semester 1, Sesi
Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 30 Mac – 12 April 2009.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar program Ijazah Pertama adalah disyaratkan untuk

membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester 2 Sesi Akademik 2008-
2009 terlebih dahulu menerusi laman web http:www.ukm.my/smpweb mulai 23 Mac
hingga 12 April 2009 sebelum membuat pendaftaran awal kursus.

Sukacita juga diingatkan bahawa kegagalan saudara/i membuat penilaian pengajaran kursus

akan menyebabkan saudara/i tidak dibenarkan membuat pendaftaran awal dan seterusnya
PTPTN saudara/i bagi Semester 1, 2009-2010 akan disekat.

Selain itu, saudara/i juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00 sebagai denda lewat

mendaftar kursus dan hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 1, Sesi
Akademik 2009-2010 pada 6 Julai 2009.

Permohonan Tinggal Di Kolej Semester 1 Sesi 2009-2010

Dimaklumkan kepada semua pelajar yang berminat untuk tinggal di kolej-kolej kediaman diharap dapat berbuat demikian pada tarikh berikut : 2 - 13 MAc 2009

Semua permohonan hendaklah melalui
www.ukm.my/upp

Saturday, February 21, 2009

Animation Movie of the Year


Les' Copaque Production Sdn Bhd
Brought to you
Geng : Pengembaraan Bermula
"The first 3D Animatian Movie in Malaysia"

Special Artists
Upin & Ipin

On Cinema starting 12 February 2009

Supported by: Government of Malaysia
For more information, log on to www.gengthemovie.com or www.upindanipin.com.my


Thursday, February 19, 2009

Renungan Bersama Buat Pemuda/i

Segala puji bagi Allah yang berfirman: “Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)

Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:

“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wa ba’du:

Berikut ini adalah wasiat Islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senantiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontohmu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadas dan najis.

bersambung...

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)

Entertain Yourself!

Watch your favourite movies, cartoons, dramas and many more through online only at TVMalaysia. Lots of actions, info, emotions and so on...lets grab this opportunity now! No registration. No monthly fees. Free download. Lets enjoy yourself here. All here just for you.

Log on to tvmalaysia.blogspot.com to activate your expression.
To download for free, make sure your computers are installed with RealPlayer and please use Internet Explorer.

Monday, February 16, 2009

Tahniah dan Takziah!


Tahniah diucapkan kepada Sdra. Jaffar Tukiran di atas perlantikan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP) sesi 2009/2010. Takziah juga kerana telah terletaknya tanggungjawab yang sangat berat yang perlu dipikul dengan amanah. Sesungguhnya jawatan bukanlah untuk dibangga-banggakan tetapi perlulah digunakan bagi menyempurnakan dakwah Islamiyah.

Monday, February 9, 2009

REHLAH DI SUNGAI CONGKAK

9 Februari 2009, Program Rehlah di Sungai Congkak a.k.a Hari Keluarga bak kate Abg Kerol berjaya disempurnakan seperti yang telah dirancangkan. Program bermula seawal jam 8.00 pg (melayu) dan berakhir jam 3.00 ptg.

Terima kasih kepada semua yg telah menjayakan program ni. Terutama Abg Kerol selaku master mind dan Ijat selaku ketua program. Tak lupe Iza yg telah menyediakan isi perut termasuk menjadi penyelamat kerana membawa pinggan, kalo tidak kami semua mkn beralaskan daun2 bersudukan ranting2. Juga shela dan nas yg menggoreng nugget merebus sosej. Dan semualah yg contribute dlm membolehkan kami mandi dan menegakkan batu2 sungai.

Diharapkan program ini dapat merapatkan lagi hubungan ahli2 Kelab Kertuk dan Rebana Ubi. InsyaAllah program seumpama ini akan diadakan lagi di tempat yg lagi sedap mandi dan byk batu2 yg boleh ditegakkan.

gambar coming soon!

Monday, February 2, 2009

PERASMIAN PENUTUP GRADUAN BERETIKET


Baru-baru ini, Kelab KRU telah dijemput untuk menyerikan lagi majlis penutupan Program Graduan Beretiket yang dianjurkan oleh JAKSA Kolej Pendeta Za'ba pada 25 Januari 2009 bertempat di Hotel Seri Costa Melaka. Kelab KRU telah mengambil kesempatan ini untuk mempromosi kegiatan kesenian kelab bukan sahaja kepada warga UKM, malah warga di luar UKM. Lebih manis lagi apabila kami telah diberi penghormatan untuk bersama-sama wakil Y.Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk melakukan gimik perasmian penutup program ini. Malah, persembahan kami juga disaksikan oleh krew rancangan Remaja terbitan TV3 yang kelihatan teruja dengan permainan alat muzik rebana ubi yang jarang ditemui. Kepada organisasi lain yang ingin menjemput Kelab KRU untuk membuatkan persembahan, bolehlah berhubung dengan saudara Jeff di talian 017-7124 825 atau emel ke kru_ukm@yahoo.com.my.

Selepas persembahan

Sunday, February 1, 2009

FIRST TIME YANG PERTAMA

Buat pertama kalinya, Kelab KRU telah mencipta sejarah tersendiri apabila telah berjaya mempersembahkan kumpulan Simfoni KRU UKM pada Malam Konsert Dikir Barat UKM 2009. Konsert yang diadakan pada 24 Januari 2009 bertempat di DECTAR, UKM telah menjadi platform pertama Kelab KRU untuk mempromosikan persembahan terbaru kelab iaitu persembahan Simfoni. Dengan menggabungkan alat muzik wayang kulit, muzik asli, rebana ubi dan kertuk, satu irama muzik dengan nada tersendiri telah diperdengarkan kepada umum membuktikan Kelab KRU benar-benar memartabatkan keunikan seni warisan bangsa.

Sebanyak tiga buah lagu telah dimainkan pada malam berkenaan iaitu lagu Bertabuh, Tukar Dalang dan Gabungan Jidor. Debaran di dada amat terasa kerana ia merupakan persembahan pertama yang menjadi titik permulaan kepada seni muzik simfoni untuk dikenali bukan sahaja oleh warga UKM, malah warga dari luar UKM. Lebih mendebarkan apabila tetamu jemputan pada malam konsert tersebut adalah wakil Kerabat DiRaja Kelantan sendiri yang mencemar duli menyaksikan konsert dikir barat yang diadakan pada setiap tahun ini.


Tahniah kepada semua pemain muzik simfoni yang terlibat kerana telah berjaya membuat persembahan yang begitu mantap dan mengasyikkan. Kelab KRU dengan rasminya telah membuka jemputan untuk membuat persembahan simfoni ini pada harga yang berpatutan. Maklumat lanjut boleh hubungi saudara Jeff di talian
017-7124 825 atau emel ke kru_ukm@yahoo.com.my.

Gambar...akan datang!!!

Friday, January 30, 2009

MALAM 1000 WARNA PALUAN BERGEMA

~ NAMA PROGRAM ~
MALAM 1000 WARNA PALUAN BERGEMA

~ STATUS ~

Telah mendapatkan kelulusan dari PPP, UKM

~ PENGENALAN ~

Malam 1000 Warna Paluan Bergema merupakan nama bagi Makan Malam Tahunan Kelab Kertuk & Rebana Ubi. Majlis yang diadakan buat julung-julung kalinya ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai ahli-ahli kelab serta semua pihak yang terlibat dalam mewarnai pencapaian kelab selama ini.

~ MISI ~

Mendedahkan Mahasiswa/i terutama di kalangan ahli kelab untuk menguruskan program berprotokol serta mencungkil daya kepimpinan yang ada dalam setiap ahli kelab. Program ini juga berkehendak untuk mendedahkan Mahasiswa/i tentang kemahiran berinteraksi dengan baik dalam sesebuah organisasi.

~ OBJEKTIF ~
  • Mengenang dan menghargai usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan segala aktiviti kelab.
  • Memberi dorongan dan galakan kepada para ahli kelab agar lebih bergiat aktif dalam program kesenian di dalam dan di luar kampus.
  • Mewujudkan hubungan dua hala yang lebih erat antara tenaga pengajar dan ahli kelab.
  • Membantu dalam usaha merakyatkan seni budaya.
~ TEMA MAJLIS ~
' Semusim Bersama, Seabad Terasa'


~ ANJURAN ~

Sekretariat Bendahari,
Kelab Kertuk & Rebana Ubi,
Urusetia Artisukma UKM

~ TARIKH ~
28 Mac 2009

~ TEMPAT ~
Puri Pujangga UKM

~ PERASMI ~
Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Shaharuddin Ahmad
Pengarah
Pusat Perkembangan Pelajar UKM

Drs. Rafie Hj. Mohamad

Ketua
Pusat Kebudayaan
Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM

~ TETAMU JEMPUTAN
~
  • 10 orang Tetamu VVIP
  • 25 orang Tetamu VIP dan Alumni Kelab
  • 85 orang Ahli Kelab
~ ATURCARA MAJLIS ~
Klik pada item untuk imej besar


~ TEMA PAKAIAN ~
Denim Contemporary : Hat (wajib), Button & Zipped


~ BAYARAN ~
  • Ahli Kelab - RM20
  • Alumni - RM50
~ PENAJAAN ~
  • Wang Tunai (atau Cek)
  • Barangan seperti Hamper, Plak Penghargaan, Hiasan Pentas
  • Diskaun harga
~ PAKEJ PENAJAAN ~
  • Penaja Platinum : RM5,000 dan ke atas
  • Penaja Emas : RM3,000 hingga RM4,999
  • Penaja Perak : RM1,500 hingga RM2,999
  • Penaja Bersama : Rm500 hingga RM1,499
~ FAEDAH PENAJAAN ~
Klik pada item untuk imej besar



~ MAKLUMAT LANJUT ~

Urusetia,

Malam 1000 Warna Paluan Bergema,

Kelab Kertuk & Rebana Ubi (KRU) Urusetia Artisukma,

d/a Pusat Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor darul Ehsan, Malaysia.

(u/p : Sdr. Jaffar Tukiran)

Tel: +603-8921 5342 atau +6017-7124825

Faks : +603-8925 8810

Emel: kru_ukm@yahoo.com.my

Laman Sesawang: kruukm.blogspot.com


Tuesday, January 20, 2009


EKSPLORASI KESENIAN - JOHOR 2009

.: NAMA PROGRAM :.
Eksplorasi Kesenian - Johor 2009

.: STATUS :.
Telah mendapatkan kelulusan dari PPP, UKM


.: PENGENALAN :.
Eksplorasi Kesenian - Johor 2009 merupakan sebuah program berbentuk kembara kesenian sambil berbakti kepada masyarakat selatan tanah air.

.: MISI :.
Mendedahkan ahli kelab tentang keunikan kesenian Johor di samping mengenali dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang kebudayaan dan kesenian masyarakat selatan tanah air serta mewujudkan hubungan dua hala antara ahli kelab dengan pihak yang terlibat di tempat yang dilawati.

.: MATLAMAT :.
  • Mendedahkan Mahasiswa/i terutama di kalangan ahli kelab untuk menguruskan aktiviti berpersatuan serta menguji daya kepimpinan yang ada dalam diri setiap individu.
  • Melahirkan Mahasiswa/i yang mencintai nilai estetika dan keunikan seni muzik tradisional bangsa Malaysia.
.: OBJEKTIF :.
  • Mendedahkan Mahasiswa/i tentang kesenian dan kebudayaan negeri Johor.
  • Mengenali dengan lebih mendalam serta secara praktikal kesenian Johor.
  • Menggalakkan Mahasiswa/i terutama ahli kelab untuk berbakti kepada masyarakat.
  • Menjalinkan hubungan dua hala antara universiti dengan masyarakat setempat.
.: TEMA :.
"Mahasiswa Memartabatkan Budaya Bangsa"

.: ANJURAN :.
Kelab Kertuk & Rebana Ubi, Urusetia Artisukma UKM

.: DENGAN KERJASAMA :.
Kelab Kompang, Urusetia Artisukma UKM dan
Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM


.: TARIKH :.
6 - 9 Mac 2009 (yang dicadangkan)

.: TEMPAT :.
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kg. Pasir Puteh, Pasir Gudang
  • Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara, Negeri Johor
  • Pulau Tinggi, Johor
.: PENGLIBATAN :.
  • Seorang Penasihat Kelab
  • Seorang Tenaga Pengajar
  • 25 orang ahli Kelab KRU dan Kompang
.: PENAJAAN :.
  • Wang Tunai (atau cek)
  • Barangan dan peralatan
.: PAKEJ PENAJAAN :.
  • Penaja Emas - RM4,000 ke atas
  • Penaja Perak - RM2,000 hingga RM3,999
  • Penaja Gangsa - RM500 hingga RM1,999
  • Penaja Lain-lain - RM500 ke bawah
.: FAEDAH PENAJAAN :.
  • Jemputan ke Majlis Makan Malam Tahunan Kelab iaitu Malam 1000 Warna Paluan Bergema bagi Penaja Emas sahaja.
  • Logo penaja akan dipamerkan di dalam blog rasmi kelab beserta pautan ke laman web rasmi penaja bagi Penaja Emas dan Perak sahaja.
  • Diskaun harga bagi setiap persembahan dari kelab (atas jemputan) bagi Penaja Emas, Perak dan Gangsa sahaja.
  • Cenderamata bagi Penaja Emas, Perak dan Gangsa sahaja.
  • Pengecualian cukai pendapatan oleh UKM bagi semua penaja.
  • Sijil Penghargaan bagi semua penaja.
.: MAKLUMAT LANJUT :.
Urusetia,
Program Eksplorasi Kesenian - Johor 2009,
Kelab Kertuk & Rebana Ubi (KRU) Urusetia Artisukma,
d/a Pusat Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor darul Ehsan, Malaysia.
(u/p : Sdr. Mohd Faizal Azlan Embok Masek)
Tel: +603-8921 5342 atau +6017-669 1474
Faks: +603-8925 8810
Emel: kru_ukm@yahoo.com.my
Laman Web: kruukm.blogspot.com

Monday, January 19, 2009

Kumpulan Simfoni KRU UKM

Pelan transformasi terkini yang dirancang oleh Kelab KRU adalah penubuhan kumpulan simfoni KRU. Kumpulan simfoni ini bertujuan menjadikan kelab ini bukan sahaja berkeupayaan tinggi dalam permainan kertuk dan rebana ubi, malah turut handal dalam menggabungkan alat-alat muzik kertuk, rebana ubi, muzik wayang kulit dan muzik asli. Langkah berani kumpulan KRU ini harus dipuji kerana menjadi satu-satunya kumpulan kesenian UKM yang terus aktif memperjuangkan seni muzik tradisional melalui pendekatan terkini untuk menarik minat golongan muda.

Kumpulan simfoni ini menggabungkan permainan alat-alat muzik seperti
:
Rebana Ubi | Kertuk | Kompang | Jidur | Gedombak Ibu | Gedombak Anak | Canang | Kesi | Geduk | Gong Ibu | Gong Anak | Tamborine | Serunai | Gendang Silat
(klik pada alat muzik untuk info++)

Contoh Kumpulan Simfoni

Percubaan pertama kumpulan simfoni KRU ini akan dipertontonkan kepada orang ramai adalah semasa Konsert Dikir Barat UKM 2009 yang akan berlangsung pada 24 Januari 2009 bertempat di DECTAR, UKM. Warga UKM diharap tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Friday, January 16, 2009

Mampukah kita untuk terus berdiam diri???

Kekejaman zionis israel terus berleluasa terhadap saudara seagama kita di Gaza dan Palestin...namun apa tindakan kita bagi membantu mereka yang dizalimi ini???

Mahasiswa UKM telah mengadakan demonstrasi mengutuk kebaculan tentera israel meratah nyawa masyarakat Palestin yang tidak berdosa di hada
pan Masjid UKM selepas solat Jumaat tadi. Beribu-ribu jemaah solat Jumaat turut serta menyatakan sokongan dengan bersama-sama berhimpun menghayati kepedihan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat Palestin...

Hidup..hidup, Hidup Islam!
Hidup..hidup, Hidu
p Palestin!
Hancur..hancur, Hancur Israel!

Hancur..hancur, Hancur
Yahudi!
Hancur..hancur, Hancur Amerika!


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Tangisan Palestin adalah tangisan mahasiswa. Namun, apa tindakan kita dalam membantu rakyat Palestin???

Mahasiswa membakar patung Bush dan sekutunya

Beribu-ribu Jemaah turut memberikan sokongan mengutuk kekejaman Israel Laknatullah

Bersama-samalah kita memboikot barangan keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya yang banyak menyumbangkan dana kepada israel laknatullah!

Hanya 6 bulan yang kita perlukan untuk melumpuhkan ekonomi si bangsat ini. Berhenti dari minum Coca Cola, Sprite. Berhenti dari makan di McDonald, Kit Kat. Lupakan barangan Nestle, Maggi. Jangan guna handphone Nokia. Usah bermekap dengan jenama Loreal, Maybelline...adakah sukar bagi kita? Untuk maklumat lanjut mengenai Boycott Israel Campaign, layari
http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Ingat! Kita mempunyai kuasa ekonomi yang mampu merubah nasib rakyat Palestin yang telah menderita di bumi sendiri hampir 60 tahun yang lalu.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Organisasi KRU UKM 2008/2009

Klik pada gambar untuk imej besar