CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 30, 2009

MALAM 1000 WARNA PALUAN BERGEMA

~ NAMA PROGRAM ~
MALAM 1000 WARNA PALUAN BERGEMA

~ STATUS ~

Telah mendapatkan kelulusan dari PPP, UKM

~ PENGENALAN ~

Malam 1000 Warna Paluan Bergema merupakan nama bagi Makan Malam Tahunan Kelab Kertuk & Rebana Ubi. Majlis yang diadakan buat julung-julung kalinya ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai ahli-ahli kelab serta semua pihak yang terlibat dalam mewarnai pencapaian kelab selama ini.

~ MISI ~

Mendedahkan Mahasiswa/i terutama di kalangan ahli kelab untuk menguruskan program berprotokol serta mencungkil daya kepimpinan yang ada dalam setiap ahli kelab. Program ini juga berkehendak untuk mendedahkan Mahasiswa/i tentang kemahiran berinteraksi dengan baik dalam sesebuah organisasi.

~ OBJEKTIF ~
  • Mengenang dan menghargai usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan segala aktiviti kelab.
  • Memberi dorongan dan galakan kepada para ahli kelab agar lebih bergiat aktif dalam program kesenian di dalam dan di luar kampus.
  • Mewujudkan hubungan dua hala yang lebih erat antara tenaga pengajar dan ahli kelab.
  • Membantu dalam usaha merakyatkan seni budaya.
~ TEMA MAJLIS ~
' Semusim Bersama, Seabad Terasa'


~ ANJURAN ~

Sekretariat Bendahari,
Kelab Kertuk & Rebana Ubi,
Urusetia Artisukma UKM

~ TARIKH ~
28 Mac 2009

~ TEMPAT ~
Puri Pujangga UKM

~ PERASMI ~
Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Shaharuddin Ahmad
Pengarah
Pusat Perkembangan Pelajar UKM

Drs. Rafie Hj. Mohamad

Ketua
Pusat Kebudayaan
Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM

~ TETAMU JEMPUTAN
~
  • 10 orang Tetamu VVIP
  • 25 orang Tetamu VIP dan Alumni Kelab
  • 85 orang Ahli Kelab
~ ATURCARA MAJLIS ~
Klik pada item untuk imej besar


~ TEMA PAKAIAN ~
Denim Contemporary : Hat (wajib), Button & Zipped


~ BAYARAN ~
  • Ahli Kelab - RM20
  • Alumni - RM50
~ PENAJAAN ~
  • Wang Tunai (atau Cek)
  • Barangan seperti Hamper, Plak Penghargaan, Hiasan Pentas
  • Diskaun harga
~ PAKEJ PENAJAAN ~
  • Penaja Platinum : RM5,000 dan ke atas
  • Penaja Emas : RM3,000 hingga RM4,999
  • Penaja Perak : RM1,500 hingga RM2,999
  • Penaja Bersama : Rm500 hingga RM1,499
~ FAEDAH PENAJAAN ~
Klik pada item untuk imej besar



~ MAKLUMAT LANJUT ~

Urusetia,

Malam 1000 Warna Paluan Bergema,

Kelab Kertuk & Rebana Ubi (KRU) Urusetia Artisukma,

d/a Pusat Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor darul Ehsan, Malaysia.

(u/p : Sdr. Jaffar Tukiran)

Tel: +603-8921 5342 atau +6017-7124825

Faks : +603-8925 8810

Emel: kru_ukm@yahoo.com.my

Laman Sesawang: kruukm.blogspot.com


Tuesday, January 20, 2009


EKSPLORASI KESENIAN - JOHOR 2009

.: NAMA PROGRAM :.
Eksplorasi Kesenian - Johor 2009

.: STATUS :.
Telah mendapatkan kelulusan dari PPP, UKM


.: PENGENALAN :.
Eksplorasi Kesenian - Johor 2009 merupakan sebuah program berbentuk kembara kesenian sambil berbakti kepada masyarakat selatan tanah air.

.: MISI :.
Mendedahkan ahli kelab tentang keunikan kesenian Johor di samping mengenali dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang kebudayaan dan kesenian masyarakat selatan tanah air serta mewujudkan hubungan dua hala antara ahli kelab dengan pihak yang terlibat di tempat yang dilawati.

.: MATLAMAT :.
  • Mendedahkan Mahasiswa/i terutama di kalangan ahli kelab untuk menguruskan aktiviti berpersatuan serta menguji daya kepimpinan yang ada dalam diri setiap individu.
  • Melahirkan Mahasiswa/i yang mencintai nilai estetika dan keunikan seni muzik tradisional bangsa Malaysia.
.: OBJEKTIF :.
  • Mendedahkan Mahasiswa/i tentang kesenian dan kebudayaan negeri Johor.
  • Mengenali dengan lebih mendalam serta secara praktikal kesenian Johor.
  • Menggalakkan Mahasiswa/i terutama ahli kelab untuk berbakti kepada masyarakat.
  • Menjalinkan hubungan dua hala antara universiti dengan masyarakat setempat.
.: TEMA :.
"Mahasiswa Memartabatkan Budaya Bangsa"

.: ANJURAN :.
Kelab Kertuk & Rebana Ubi, Urusetia Artisukma UKM

.: DENGAN KERJASAMA :.
Kelab Kompang, Urusetia Artisukma UKM dan
Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM


.: TARIKH :.
6 - 9 Mac 2009 (yang dicadangkan)

.: TEMPAT :.
  • Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kg. Pasir Puteh, Pasir Gudang
  • Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara, Negeri Johor
  • Pulau Tinggi, Johor
.: PENGLIBATAN :.
  • Seorang Penasihat Kelab
  • Seorang Tenaga Pengajar
  • 25 orang ahli Kelab KRU dan Kompang
.: PENAJAAN :.
  • Wang Tunai (atau cek)
  • Barangan dan peralatan
.: PAKEJ PENAJAAN :.
  • Penaja Emas - RM4,000 ke atas
  • Penaja Perak - RM2,000 hingga RM3,999
  • Penaja Gangsa - RM500 hingga RM1,999
  • Penaja Lain-lain - RM500 ke bawah
.: FAEDAH PENAJAAN :.
  • Jemputan ke Majlis Makan Malam Tahunan Kelab iaitu Malam 1000 Warna Paluan Bergema bagi Penaja Emas sahaja.
  • Logo penaja akan dipamerkan di dalam blog rasmi kelab beserta pautan ke laman web rasmi penaja bagi Penaja Emas dan Perak sahaja.
  • Diskaun harga bagi setiap persembahan dari kelab (atas jemputan) bagi Penaja Emas, Perak dan Gangsa sahaja.
  • Cenderamata bagi Penaja Emas, Perak dan Gangsa sahaja.
  • Pengecualian cukai pendapatan oleh UKM bagi semua penaja.
  • Sijil Penghargaan bagi semua penaja.
.: MAKLUMAT LANJUT :.
Urusetia,
Program Eksplorasi Kesenian - Johor 2009,
Kelab Kertuk & Rebana Ubi (KRU) Urusetia Artisukma,
d/a Pusat Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor darul Ehsan, Malaysia.
(u/p : Sdr. Mohd Faizal Azlan Embok Masek)
Tel: +603-8921 5342 atau +6017-669 1474
Faks: +603-8925 8810
Emel: kru_ukm@yahoo.com.my
Laman Web: kruukm.blogspot.com

Monday, January 19, 2009

Kumpulan Simfoni KRU UKM

Pelan transformasi terkini yang dirancang oleh Kelab KRU adalah penubuhan kumpulan simfoni KRU. Kumpulan simfoni ini bertujuan menjadikan kelab ini bukan sahaja berkeupayaan tinggi dalam permainan kertuk dan rebana ubi, malah turut handal dalam menggabungkan alat-alat muzik kertuk, rebana ubi, muzik wayang kulit dan muzik asli. Langkah berani kumpulan KRU ini harus dipuji kerana menjadi satu-satunya kumpulan kesenian UKM yang terus aktif memperjuangkan seni muzik tradisional melalui pendekatan terkini untuk menarik minat golongan muda.

Kumpulan simfoni ini menggabungkan permainan alat-alat muzik seperti
:
Rebana Ubi | Kertuk | Kompang | Jidur | Gedombak Ibu | Gedombak Anak | Canang | Kesi | Geduk | Gong Ibu | Gong Anak | Tamborine | Serunai | Gendang Silat
(klik pada alat muzik untuk info++)

Contoh Kumpulan Simfoni

Percubaan pertama kumpulan simfoni KRU ini akan dipertontonkan kepada orang ramai adalah semasa Konsert Dikir Barat UKM 2009 yang akan berlangsung pada 24 Januari 2009 bertempat di DECTAR, UKM. Warga UKM diharap tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Friday, January 16, 2009

Mampukah kita untuk terus berdiam diri???

Kekejaman zionis israel terus berleluasa terhadap saudara seagama kita di Gaza dan Palestin...namun apa tindakan kita bagi membantu mereka yang dizalimi ini???

Mahasiswa UKM telah mengadakan demonstrasi mengutuk kebaculan tentera israel meratah nyawa masyarakat Palestin yang tidak berdosa di hada
pan Masjid UKM selepas solat Jumaat tadi. Beribu-ribu jemaah solat Jumaat turut serta menyatakan sokongan dengan bersama-sama berhimpun menghayati kepedihan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat Palestin...

Hidup..hidup, Hidup Islam!
Hidup..hidup, Hidu
p Palestin!
Hancur..hancur, Hancur Israel!

Hancur..hancur, Hancur
Yahudi!
Hancur..hancur, Hancur Amerika!


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


Tangisan Palestin adalah tangisan mahasiswa. Namun, apa tindakan kita dalam membantu rakyat Palestin???

Mahasiswa membakar patung Bush dan sekutunya

Beribu-ribu Jemaah turut memberikan sokongan mengutuk kekejaman Israel Laknatullah

Bersama-samalah kita memboikot barangan keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya yang banyak menyumbangkan dana kepada israel laknatullah!

Hanya 6 bulan yang kita perlukan untuk melumpuhkan ekonomi si bangsat ini. Berhenti dari minum Coca Cola, Sprite. Berhenti dari makan di McDonald, Kit Kat. Lupakan barangan Nestle, Maggi. Jangan guna handphone Nokia. Usah bermekap dengan jenama Loreal, Maybelline...adakah sukar bagi kita? Untuk maklumat lanjut mengenai Boycott Israel Campaign, layari
http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Ingat! Kita mempunyai kuasa ekonomi yang mampu merubah nasib rakyat Palestin yang telah menderita di bumi sendiri hampir 60 tahun yang lalu.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Organisasi KRU UKM 2008/2009

Klik pada gambar untuk imej besar

Thursday, January 15, 2009

Perhatian!!!

Kepada semua MT dan Exco-exco Kelab KRU,
anda diminta untuk menghantar softcopy foto anda (berukuran passport) ke kru_ukm@yahoo.com.my sebelum 30 Januari 2009. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Hidup KRU! Hidup Rebana! Kertuk pun tumpang sama...

Tempahan T-shirt Kelab Dibuka Sekarang!


Design T-shirt KRU

Tempahan terbuka kepada semua ahli kelab KRU mahupun alumni.

Dibuka dari sekarang hingga
23 Januari 2009.
Harga RM30
(tetap).
Tempahan boleh dibuat semasa kelas ko-kurikulum bersama bayaran penuh.

Maklumat lanjut, hubungi
Jeff (Timb. Setiausaha Kelab) di talian 017-7124825.

Tahniah!


Tahniah kepada Naib Yang DiPertua II KRU, Mohd Faizal Azlan Embok Masek di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Setiausaha Urusetia Artisukma yang baru. Selamat maju jaya!

Wednesday, January 14, 2009

MALAM ANUGERAH SENI UKM 2008

Satu malam penghargaan khas bagi penggiat-penggiat seni di UKM telah diadakan pada 9 Januari yang lepas bertempat di DECTAR, UKM. Malam Anugerah Seni ini adalah bertujuan untuk menghargai mereka yang banyak memberi sumbangan kepada kemasyhuran seni budaya di UKM ini merangkumi seni muzik, seni tari, seni mempertahankan diri, seni grafik, seni vokal, pemgurusan seni dan banyak lagi.

Tema Merah, Putih dan Hitam menyerikan majlis makan malam

KRU UKM tidak terkecuali dalam mewarnai malam yang penuh berprestij di peringkat universiti ini. Bertambah manis lagi apabila Jurulatih ko-kurikulum KRU merangkap Penasihat I Kelab KRU turut dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Penggiat Seni UKM 2008. Sememangnya, penganugerahan ini membuka lembaran ceria buat En. Khairul Nizam Zaini kerana segala usaha kerasnya untuk memastikan seni muzik kertuk & rebana ubi terus bertapak di UKM lebih daripada 15 tahun akhirnya dihargai oleh pihak universiti.

En. Khairul: Pemenang Anugerah Penggiat Seni UKM 2008

Malam anugerah ini juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh kelab-kelab kesenian di bawah naungan Artisukma UKM seperti nasyid, muzik Cina, muzik India dan banyak lagi serta persembahan dari artis jemputan iaitu Fitri UNIC dan kumpulan NICE yang juga merupakan pelajar di UKM.

Sudah pasti, malam penghargaan seperti ini menyuntik semangat baru di kalangan ahli Kelab KRU untuk lebih berusaha gigih bagi memastikan Kelab KRU juga mampu mendapat penganugerahan seni tertinggi UKM ini di masa ak an datang.

Kenangan selepas makan malam

Tuesday, January 13, 2009

Program Pemantapan Seni Kertuk & Rebana Ubi


Pada 31 Januari 2008 hingga 4 Januari 2009 yang lepas, Kelab Kertuk & Rebana Ubi (KRU) UKM telah mengadakan Program Pemantapan Seni Kertuk & Rebana Ubi bertempat di Tumpat, Kelantan. Program selama hampir 5 hari ini telah disertai oleh 15 orang ahli aktif KRU diiringi oleh 2 orang penasihat kelab. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Kelab Kebudayaan dan Kesenian, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negara, Negeri Kelantan.

Para peserta terlebih dahulu mengikuti kursus 2 hari yang diatur oleh pihak KADA. Di dalam kursus tersebut, peserta program telah didedahkan dengan cara pembuatan rebana ubi dan juga kertuk selain melihat sendiri penyediaan hiasan bagi kedua-dua alat muzik ini. Peserta program juga berpeluang unt
uk menyaksikan secara 'live' persembahan kertuk dan rebana ubi dari Kelab Kebudayaan dan Kesenian KADA yang pastinya membuat para peserta terpukau dengan persembahan yang begitu mantap dan bertenaga. Sudah pasti peluang sebegini tidak akan dilepaskan begitu sahaja untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang teknik-teknik yang sebetulnya di dalam memainkan kedua-dua alat muzik ini.

Bengkel Pembuatan Rebana Ubi (Pemasangan Belulang)

Proses mencari nada yang terbaik bagi sebuah rebana ubi

Para peserta program khusyuk memainkan lagu 'Bersimbung'

Foto kenang-kenangan bersama wakil KADA dan JKKN Kelantan

Bertemakan 'Mahasiswa Berbudaya Teras Perpaduan Bangsa', program ini telah mencapai matlamat dasarnya untuk memupuk semangat dan cintakan budaya bangsa di dalam diri mahasiswa/i. Ternyata, para peserta berasa amat teruja dengan keunikan seni muzik kertuk dan rebana ubi ini dan berharap agar program ini menjadi program tahunan kelab.

-TJ Ackles, KP Program-

KRU UKM...Menyahut Cabaran Dunia Teknologi Maklumat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog ini ditubuhkan khas sebagai blog rasmi Kelab Kertuk & Rebana Ubi (KRU), Urusetia Artisukma, UKM yang merupakan sebuah kelab kebudayaan di bawah naungan Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM.

Blog ini juga akan menjadi wadah dan penggerak rasmi maklumat dan informasi terkini Kelab KRU ini. Selaras dengan kemajuan di dalam dunia teknologi maklumat, Kelab KRU tidak ketinggalan untuk seiring maju dengan kelab-kelab lain melalui penubuhan blog ini seterusnya mewujudkan ruang informasi secara internet yang dinamakan 'e-Rebana' untuk membolehkan masyarakat umum mengakses maklumat berkenaan Rebana Ubi dan Kertuk secara on-line.

Pelbagai maklumat terkini sama ada berkenaan Kertuk dan Rebana Ubi mahupun isu-isu semasa akan dimuatkan di dalam blog ini di samping maklumat-maklumat terbaru mengenai perjalanan aktiviti Kelab KRU. Kami berharap agar para pelawat blog ini berpuas hati dengan informasi yang dikongsi bersama serta turut sama menyumbang kepada kelangsungan seni muzik tradisional dan warisan bangsa Malaysia.

Terima Kasih atas sokongan anda semua!