CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 14, 2009

MALAM ANUGERAH SENI UKM 2008

Satu malam penghargaan khas bagi penggiat-penggiat seni di UKM telah diadakan pada 9 Januari yang lepas bertempat di DECTAR, UKM. Malam Anugerah Seni ini adalah bertujuan untuk menghargai mereka yang banyak memberi sumbangan kepada kemasyhuran seni budaya di UKM ini merangkumi seni muzik, seni tari, seni mempertahankan diri, seni grafik, seni vokal, pemgurusan seni dan banyak lagi.

Tema Merah, Putih dan Hitam menyerikan majlis makan malam

KRU UKM tidak terkecuali dalam mewarnai malam yang penuh berprestij di peringkat universiti ini. Bertambah manis lagi apabila Jurulatih ko-kurikulum KRU merangkap Penasihat I Kelab KRU turut dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Penggiat Seni UKM 2008. Sememangnya, penganugerahan ini membuka lembaran ceria buat En. Khairul Nizam Zaini kerana segala usaha kerasnya untuk memastikan seni muzik kertuk & rebana ubi terus bertapak di UKM lebih daripada 15 tahun akhirnya dihargai oleh pihak universiti.

En. Khairul: Pemenang Anugerah Penggiat Seni UKM 2008

Malam anugerah ini juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh kelab-kelab kesenian di bawah naungan Artisukma UKM seperti nasyid, muzik Cina, muzik India dan banyak lagi serta persembahan dari artis jemputan iaitu Fitri UNIC dan kumpulan NICE yang juga merupakan pelajar di UKM.

Sudah pasti, malam penghargaan seperti ini menyuntik semangat baru di kalangan ahli Kelab KRU untuk lebih berusaha gigih bagi memastikan Kelab KRU juga mampu mendapat penganugerahan seni tertinggi UKM ini di masa ak an datang.

Kenangan selepas makan malam

0 comments: