CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 1, 2009

FIRST TIME YANG PERTAMA

Buat pertama kalinya, Kelab KRU telah mencipta sejarah tersendiri apabila telah berjaya mempersembahkan kumpulan Simfoni KRU UKM pada Malam Konsert Dikir Barat UKM 2009. Konsert yang diadakan pada 24 Januari 2009 bertempat di DECTAR, UKM telah menjadi platform pertama Kelab KRU untuk mempromosikan persembahan terbaru kelab iaitu persembahan Simfoni. Dengan menggabungkan alat muzik wayang kulit, muzik asli, rebana ubi dan kertuk, satu irama muzik dengan nada tersendiri telah diperdengarkan kepada umum membuktikan Kelab KRU benar-benar memartabatkan keunikan seni warisan bangsa.

Sebanyak tiga buah lagu telah dimainkan pada malam berkenaan iaitu lagu Bertabuh, Tukar Dalang dan Gabungan Jidor. Debaran di dada amat terasa kerana ia merupakan persembahan pertama yang menjadi titik permulaan kepada seni muzik simfoni untuk dikenali bukan sahaja oleh warga UKM, malah warga dari luar UKM. Lebih mendebarkan apabila tetamu jemputan pada malam konsert tersebut adalah wakil Kerabat DiRaja Kelantan sendiri yang mencemar duli menyaksikan konsert dikir barat yang diadakan pada setiap tahun ini.


Tahniah kepada semua pemain muzik simfoni yang terlibat kerana telah berjaya membuat persembahan yang begitu mantap dan mengasyikkan. Kelab KRU dengan rasminya telah membuka jemputan untuk membuat persembahan simfoni ini pada harga yang berpatutan. Maklumat lanjut boleh hubungi saudara Jeff di talian
017-7124 825 atau emel ke kru_ukm@yahoo.com.my.

Gambar...akan datang!!!

1 comments:

Anonymous said...

trima kasih kerana menghasilkan persembahan yang menarik.kehadiran anda didalam konsert berjaya memeriahkan lagi suasana konsert dikir barat 2009.tahniah diucapkan!!!