Semalam telah berlangsung Konsert Diraja bagi meraikan Canselor Baru UKM di DECTAR. Konsert ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar ko-k kebudayaan sesi 2009/2010.
Untuk Konsert Diraja kali ini, Kelab KRU dijemput untuk bermain jidor bagi menyambut kedatangan Canselor UKM di perkarangan DECTAR. Permainan jidor ini disertai oleh 5 orang (jidor tak cukup). sahaja.
Bagi Konsert Diraja sebelum ini, biasanya Kelab KRU dijemput untuk bermain rebana ubi tetapi tidak untuk tahun ini. Walaupun semua yang bermain pada malam tu bukanlah pakar bermain jidor tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit cacat celanya (nobody's perfect)
Terima kasih banyak diucapkan kepada 5 orang + 1 orang yang sudi meluangkan masa bermain jidor pada malam tu (jasamu dikenang)
P/S: Untuk abg Kerol, kitorang dah buat yang terbaik =)
Sunday, July 26, 2009
Konsert Diraja
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 6:00:00 AM 0 comments
Labels: Persembahan KRU
Wednesday, July 22, 2009
Penyertaan Ahli Kelab Kertuk Rebana Ubi

·Terbuka kepada semua pelajar baru dan lama dan juga sesiapa sahaja yang berminat dengan seni muzik ini.
·Latihan diadakan pada:
Hari: Rabu
Jam: 8.00 malam
Tempat : Dataran Panggung Seni
Anda boleh mendaftarkan diri di booth Kelab Kertuk dan Rebana Ubi, Pusanika bermula
*Pelbagai aktiviti tahunan yg menarik telah diadakan seperti yang diceritakan dalam blog ini dan juga di booth yang berada di Pusanika
IJAT - 0122665344
RAFIQ - 0173183743
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 12:11:00 AM 0 comments
Labels: Iklan
Tuesday, July 21, 2009
Simulasi 2009
Simulasi pelajar ko-k KRU sem 2 sesi 2009/2010 telah diadakan di DECTAR pada 11 April yg lalu seperti setiap tahun bagi menilai kemampuan pelajar untuk bermain rebana ubi dan kertuk.
Simulasi kali ini diketuai oleh Ijat dan Lan. Terima kasih kepada Abang Ipin yang sempat juga untuk datang melihat simulasi kali ini walaupun tengah 'outstation'.
Tahniah kepada semua pelajar ko-k sesi 2009/2010 kerana telah berjaya membuat persembahan yang terbaik untuk simulasi kali ini sebagaimana yang berlaku setiap tahun.. All the best semua..
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 7:40:00 AM 0 comments
Labels: Simulasi
PROGRAM PENGHAYATAN MUZIK KERTUK & REBANA UBI
Tarikh : 3 APRIL 2009 – 5 APRIL 2009
Tempat : LUMUT, PERAK
Program ini diadakan di Lumut Perak bagi memberi peluang kepada semua ahli kelab KRU untuk bercuti, merehatkan minda setelah penat dengan semua tugasan aktiviti kelab dan juga merancang perjalanan aktiviti kelab seterusnya selepas ini..
Selain daripada itu, antara aktiviti yang telah dijalankan di Lumut Perak ini adalah aktiviti sukan iaitu seperti bola baling dalam air dan juga bola tampar dalam air. Aktiviti seperti ini dilakukan untuk membina stamina dan juga bg merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli kelab KRU.
Gambar yg sempat dirakam :-
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 5:39:00 AM 0 comments
Labels: Program Luar
MALAM 1000 WARNA PALUAN BERGEMA
ucapan perasmian oleh Abang Ipin
Pelajar ko-k Junior
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 3:40:00 AM 0 comments
Labels: Makan Malam Tahunan