Konsert Orkestra Universiti-Universiti ASEAN 2010
Time
Today · 8:00pm - 11:00pm
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Semua dijemput hadir dengan berpakaian kemas..
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 2:55:00 AM 0 comments
Labels: Pemberitahuan
Assalamualaikum w.b.t
Lama sudah tidak update blog ni. Dah tebal habuk meliputi blog ni. Harap maaf kerana kesibukan kerja dan juga ketiadaan masa untuk mengupdate blog ini.
Apa2 pun kami dari Kelab Kertuk Rebana Ubi UKM harap belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar-pelajar baru Tahun 1 sesi 2010/2011 dan semua pelajar UKM.
Diharap semester baru ini memberikan semangat dan azam yang baru utuk semua meneruskan tanggungjawab masing-masing sebagai mahasiswa/siswi UKM yang berjaya pada masa akan datang.
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 12:51:00 AM 0 comments
Semalam telah berlangsung Malam Perasmian Konvokesyen UKM yang ke-37. Seperti biasa Kelab kertuk & Rebana Ubi dijemput untuk membuat persembahan pembukaan bagi menyambut keberangkatan Cancelor di Dataran Dewan Gemilang.
Persembahan malam itu diketuai oleh saudara Ipin dan disertai oleh kira-kira 17 orang pemain..
Semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua di atas kerjasama yang diberikan. Jumpa lagi untuk persembahan yang seterusnya nanti.
Video yang sempat dirakam
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 7:38:00 AM 2 comments
Labels: Persembahan KRU
Semalam telah berlangsung Konsert Diraja bagi meraikan Canselor Baru UKM di DECTAR. Konsert ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar ko-k kebudayaan sesi 2009/2010.
Untuk Konsert Diraja kali ini, Kelab KRU dijemput untuk bermain jidor bagi menyambut kedatangan Canselor UKM di perkarangan DECTAR. Permainan jidor ini disertai oleh 5 orang (jidor tak cukup). sahaja.
Bagi Konsert Diraja sebelum ini, biasanya Kelab KRU dijemput untuk bermain rebana ubi tetapi tidak untuk tahun ini. Walaupun semua yang bermain pada malam tu bukanlah pakar bermain jidor tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit cacat celanya (nobody's perfect)
Terima kasih banyak diucapkan kepada 5 orang + 1 orang yang sudi meluangkan masa bermain jidor pada malam tu (jasamu dikenang)
P/S: Untuk abg Kerol, kitorang dah buat yang terbaik =)
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 6:00:00 AM 0 comments
Labels: Persembahan KRU
*Pelbagai aktiviti tahunan yg menarik telah diadakan seperti yang diceritakan dalam blog ini dan juga di booth yang berada di Pusanika
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 12:11:00 AM 0 comments
Labels: Iklan
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 7:40:00 AM 0 comments
Labels: Simulasi
Tarikh : 3 APRIL 2009 – 5 APRIL 2009
Tempat : LUMUT, PERAK
Program ini diadakan di Lumut Perak bagi memberi peluang kepada semua ahli kelab KRU untuk bercuti, merehatkan minda setelah penat dengan semua tugasan aktiviti kelab dan juga merancang perjalanan aktiviti kelab seterusnya selepas ini..
Selain daripada itu, antara aktiviti yang telah dijalankan di Lumut Perak ini adalah aktiviti sukan iaitu seperti bola baling dalam air dan juga bola tampar dalam air. Aktiviti seperti ini dilakukan untuk membina stamina dan juga bg merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli kelab KRU.
Gambar yg sempat dirakam :-
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 5:39:00 AM 0 comments
Labels: Program Luar
ucapan perasmian oleh Abang Ipin
Pelajar ko-k Junior
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 3:40:00 AM 0 comments
Labels: Makan Malam Tahunan
Pada 14 dan 15 Mac 2009 yg lalu, sempena DINNER KOLEJ KERIS MAS kumpulan KRU telah mendapat undangan untuk bermain simfoni pada majlis tersebut dengan bayaran yg berpatutan..
Untuk dua2 malam tersebut yg diadakan di DECTAR.. kami diminta membuat persembahan untuk pembukaan majlis & semasa tetamu sedang menjamu selera.. Untuk persembahan kali ini, 11 orang ahli KRU telah terlibat dan ada juga yg tidak dapat libatkan diri diatas sebab2 tertentu.. Dan semuanya telah berjalan dengan lancar..
Minggu seterusnya, kami mendapat tawaran untuk bermain bagi DINNER KOLEJ BURHAN.. juga dengan bayaran yg sepatutnya..
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 6:35:00 AM 1 comments
Labels: Persembahan KRU
Inilah dia video & gambar semasa kumpulan KRU membuat persembahan pada Konsert Dikir Barat iaitu pertama kalinya dgn bermain SIMFONI yg telah berlangsung pada 24/1/2009 yg lalu..
Hope lepas ni dapat lagi banyak tawaran buat persembahan di dalam mahu pun di luar UKM (boleh tambah duit kelab lagi)..
Video
Gambar
Posted by Kelab Kertuk & Rebana Ubi UKM at 5:41:00 AM 0 comments
Labels: Simfoni KRU